BERITA TERKINI   Liga Super: KRW FC 1-3 KL City FC | Liga Super : JDT 3-0 DPMM FC | Banjir Nepal-China : 55 rakyat Malaysia masih tidak dapat dihubungi setakat 4 Sept - Wisma Putra | Malaysia akan hantar 11 anggota SMART ke Nepal seawal 5 Sept - Wisma Putra | 
Ad Banner

Beberapa Penerbangan AirAsia Mungkin Dibatal Berikutan Jerebu

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Beberapa penerbangan AirAsia mungkin dibatalkan berikutan jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu di beberapa bahagian di Malaysia Timur dan Kalimantan Barat.

Dalam satu nasihat perjalanan yang dikeluarkan hari ini, AirAsia memaklumkan bahawa tetamu yang terjejas akan dimaklumkan secara terus.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu tidak menyatakan penerbangan mana yang terlibat.

Ad Banner

“Penumpang digalakkan untuk menyemak status penerbangan masing-masing melalui aplikasi MOVE atau airasia.com/flightstatus untuk mendapatkan perkembangan terkini,” jelasnya.

Pengumuman itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak selepas jerebu yang semakin memburuk mendorong pencemaran udara ke tahap yang membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan nasihat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan agensi-agensi berkaitan mengenai kualiti udara di kawasan berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam kenyataan berasingan, Malaysia Airlines dan Batik Air Malaysia memaklumkan tiada penerbangan mereka yang akan digantung susulan masalah tersebut.

-- BERNAMA