1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kekuatan dalam saham telekomunikasi dan peningkatan semula di kaunter perbankan wajaran tinggi yang mengekalkan indeks penanda aras dalam lingkungan positif walaupun sentimen pasaran secara keseluruhan dalam mod berhati-hati.
1bulan ago
KEPALA BATAS, 2 Julai (Bernama) -- Ideal Property Group berjaya menyiapkan semua kerja-kerja infrastruktur di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam seluas 880 ekar (323.7 hektar), dengan pembangunan tersebut mencapai proses penyerahan penuh selepas mercu tanda pintu masuknya siap dibina.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend kenaikan pada tengah hari, disokong oleh minat belian yang kukuh ke atas saham-saham kewangan utama dan telekomunikasi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu mewujudkan pengkomputeran awan berdaulat bagi melindungi keselamatan kritikal dan data peribadi, dan pada masa sama terus menerima pelaburan digital global berikutan rantau Asia Tenggara semakin bergantung kepada teknologi dan infrastruktur digital penting.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia merancang untuk menggunakan semula tapak loji janakuasa arang batu yang akan ditamatkan operasi kepada hab tenaga boleh baharu (TBB) dan kemudahan penyimpanan tenaga bateri di bawah Rangka Kerja Penggunaan Semula Tapak Arang Batu Kebangsaan yang dicadangkan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan minat belian yang berterusan, didorong oleh keyakinan bahawa sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) mengalami kitaran pertumbuhan yang pesat, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Cadangan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand akan dirundingkan secara dua hala dengan Thailand sebelum dilaksanakan, kata Kementerian Ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menyambut baik saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta akan terus memperkukuh ekosistem lapangan terbang negara ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan kelemahan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh negara selepas keluar daripada perjanjian akses borong dengan Digital Nasional Bhd (DNB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teknologi, kewangan dan inovasi mesti mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh keupayaan domestik, menyokong pertumbuhan perniagaan dan memperluas akses kepada perkhidmatan yang berpatutan ketika Malaysia meletakkan dirinya sebagai hab serantau untuk teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).