Terdapat 593 berita berdasarkan kata kunci carian " buka"

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Ekonomi AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) - Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, kata seorang penganalisis.

Eksport E&E Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Pada Suku Kedua Disokong Pelaburan AI -- CGS International

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan momentum ekonominya pada separuh kedua 2026 didorong oleh kekukuhan sektor teknologi terutamanya kekuatan eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang disokong oleh peningkatan pelaburan dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI) global.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lemah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi negara maju itu yang lemah daripada jangkaan sehingga memberi tekanan kepada mata wang berkenaan.

Kerajaan Kaji Potensi Teknologi Nyahgaram Air Laut Untuk Industri, Pusat Data -- PETRA

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.

Malaysia Perlu Lebih Banyak Syarikat Juara Nasional, Pacu Pertumbuhan Serantau -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat yang mampu berkembang daripada perusahaan kepada juara nasional dan seterusnya berstatus sebagai peneraju serantau, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ledakan Pusat Data Perkukuh Keupayaan Keselamatan Siber Malaysia - Kaspersky

Daripada K. Naveen Prabu

GUANGZHOU, 4 Ogos (Bernama) -- Industri pusat data Malaysia yang berkembang pesat dijangka memperkukuh keupayaan keselamatan siber negara, menurut syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.

Malaysia Perlu Perluas Peluang Pelaburan Selain Pusat Data Tarik Modal Global

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu melangkaui tumpuan kepada pusat data dengan membangunkan lebih banyak syarikat teknologi tersenarai berskala besar bagi menarik pelaburan portfolio global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Bhd Munirah Khairuddin.

Jenayah Kewangan Digital Tuntut Pematuhan Lebih Pintar, Berasaskan Data ---Labuan FSA

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan mesti mengguna pakai sistem pematuhan yang lebih pintar, berteraskan data dan berasaskan risiko memandangkan jenayah kewangan kini semakin berasaskan digital, saling berkait selain sukar dikesan.

Pematuhan Satu Kelebihan Strategik Bagi Labuan IBFC, Bukan Halangan Perniagaan — Labuan FSA

LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mesti menganggap pematuhan sebagai satu keupayaan strategik bagi memperkukuh daya saing dan bukan sekadar keperluan pengawalseliaan. 

Industri Acara Perniagaan Dijangka Jana Impak Ekonomi RM34.97 Bilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia diunjurkan menjana impak ekonomi terkumpul berjumlah RM34.97 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang sedang digerakkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

FedEx Perkukuh Ketersambungan Malaysia Menerusi Perkhidmatan Tanpa Henti Guangzhou-Sydney

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat pengangkutan global Federal Express Corporation (FedEx) melancarkan laluan perkhidmatan baharu Guangzhou-Sydney yang akan memperkukuh hubungan perdagangan ke Australia dari pasaran utama di seluruh Asia, termasuk Malaysia.

Malaysia Sedia Pacu Pertumbuhan Sektor Hartanah Susulan Peralihan Struktur Serantau --jll

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia kini muncul sebagai penerima manfaat utama daripada perubahan struktur di Asia Tenggara apabila rantau ini beralih daripada pemulihan kitaran ekonomi, menurut Jones Lang LaSalle IP Inc (JLL).