1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dilantik sebagai penyedia perkhidmatan sejagat bagi Projek Bandar Pintar Kota Kinabalu bernilai RM134.3 juta.
1bulan ago
IPOH, 10 Ogos (Bernama) -- Syarikat berkaitan bidang pertanian dan penternakan Sheng Long Aqua Technology (M) Sdn Bhd (Sheng Long) melabur sebanyak RM140 juta untuk membina kilang makanan ternakan akuakultur pertamanya di Malaysia yang dijadual memulakan operasi pada 2028 di Kamunting, Taiping.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Sektor komoditi dan industri berasaskan komoditi mencatatkan sumbangan sebanyak RM19.65 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026, meningkat berbanding RM18.95 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM451.1 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal dalam jajaran kecil pada minggu hadapan berikutan ketidaktentuan geopolitik dan perbincangan tarif yang diperbaharui telah menjejaskan minat belian global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu depan susulan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat kian reda.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pelabur terus menilai perkembangan geopolitik luaran dan keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut penganalisis.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini selepas para peniaga memperoleh keuntungan menjelang hujung minggu dan pengeluaran laporan bekalan serta permintaan untuk Julai daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 Ogos ini.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geopolitik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
SHAH ALAM, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan peningkatan pendapatan median isi rumah kepada RM14,500 sebulan serta mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.2 peratus menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2).