26hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memperluas Hab Pengetahuan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) menjadi platform risikan perdagangan sepanjang tahun untuk memacu daya saing global pengeksport Malaysia.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Techna-X Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tinjauan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh aktiviti pembuatan yang kukuh, pelaburan infrastruktur yang mampan dan pembangunan pusat data yang berkembang pesat, menurut S&P Global Ratings.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.7 peratus tahun ke tahun pada Julai 2026, disokong oleh pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektrik, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM16.08 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.
27hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu mempertimbangkan penubuhan rangka kerja perkongsian maklumat secara rasmi yang membolehkan kapal sokongan luar pesisir (OSV) berperanan sebagai 'mata ketiga' dalam melindungi perairan Malaysia dan infrastruktur tenaga luar pesisir yang kritikal.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Penerbangan Malaysia Airlines MH1 dari London Heathrow (LHR) ke Kuala Lumpur (KUL), dijadualkan pada 9 September, 2026 telah dibatalkan berikutan gangguan teknikal yang menjejaskan sistem kawalan trafik udara di United Kingdom (UK).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) terus melabur bagi meningkatkan kebolehpercayaan terhadap aset penjanaannya yang sedia ada dan pada masa sama memperluas projek tenaga boleh baharu (TBB) dan penyimpanan tenaga.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan sukuk boleh tukar bercagar kedua bernilai US$300 juta kedua untuk mengoptimumkan portfolionya menerusi penyelesaian pasaran modal yang inovatif.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pemikiran keusahawanan harus diterapkan dengan lebih mendalam dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk membangunkan graduan dengan kebolehpasaran jangka panjang selain bergerak melangkaui tumpuan tradisional dalam menyediakan mereka ke arah pekerjaan pertama.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- TRC Synergy Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd, membabitkan kerja-kerja perkhidmatan bawah tanah bagi sebuah pusat data hiperskala.