BERITA TERKINI   Pelaburan TH menerusi Al-Rawda hanya bersandarkan nota janji - Amir Hamzah | 2.49 bilion riyal Saudi sewa penempatan jemaah haji sepatutnya dibayar kepada TH, namun gagal dilunaskan - Amir Hamzah | Al-Rawda catat kerugian terbesar dalam kalangan tujuh pelaburan TH yang rugi 100 peratus - Amir Hamzah | Tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah TH catat kerugian 100 peratus - Amir Hamzah | Tiga individu termasuk nenek tiri ditahan kes bunuh cucu perempuan berusia satu tahun empat bulan di Kota Tinggi pada 2 Ogos - Ketua Polis Johor | 

Terdapat 347 berita berdasarkan kata kunci carian " amerika syarikat"

Malaysia Perlu Pengkomputeran Awan Berdaulat Bagi Lindungi Keselamatan Kritikal, Data Peribadi - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu mewujudkan pengkomputeran awan berdaulat bagi melindungi keselamatan kritikal dan data peribadi, dan pada masa sama terus menerima pelaburan digital global berikutan rantau Asia Tenggara semakin bergantung kepada teknologi dan infrastruktur digital penting.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Terhadap Kadar Faedah AS Semakin Reda

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan yang semakin reda terhadap prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS) telah merangsang sentimen pasaran susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut, Jejaki Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah Kukuhkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) terus menjejaskan sentimen pasaran serantau dan memberi sokongan terhadap dolar AS.

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan kelemahan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Prospek Sektor Perbankan Malaysia Kekal Positif Didorong Pertumbuhan Pinjaman Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd masing-masing mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor perbankan Malaysia, yang kukuh dari segi asas dan terus menawarkan pilihan bersifat defensif yang menarik.

Hab Ant International Di KL Bakal Jana Peluang Pekerjaan, Tingkatkan Keupayaan Tempatan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teknologi, kewangan dan inovasi mesti mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh keupayaan domestik, menyokong pertumbuhan perniagaan dan memperluas akses kepada perkhidmatan yang berpatutan ketika Malaysia meletakkan dirinya sebagai hab serantau untuk teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Keyakinan Pengguna AS Yang Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang lemah telah menjejaskan mata wang AS.

Permintaan Penumpang Udara Susut 2.2 Peratus Pada Mei 2026

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 2.2 peratus tahun ke tahun pada Mei 2026, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Sentimen Menjelang Pengumuman Data Penting AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika peserta pasaran kekal berhati-hati menunggu pengumuman data-data ekonomi penting AS lewat malam ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan prestasi ringgit yang menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Harga Elektrik Lebih Tinggi Tingkat Inflasi Keseluruhan Kepada 2.0 Peratus Pada Mei -- BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Harga elektrik yang lebih tinggi adalah akibat pelaksanaan surcaj susulan peningkatan kos penjanaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan inflasi keseluruhan Malaysia kepada 2.0 peratus pada Mei, kata Bank Negara Malaysia (BNM).