BERITA TERKINI   Keselamatan jalan raya perlu terus jadi agenda utama MOT tanpa mengira siapa yang menerajui kementerian itu - Loke | Pengesahan umur pengguna media sosial: Platform berlesen perlu serahkan Pelan Keselamatan Dalam Talian kepada MCMC selewat-lewatnya 28 Dis ini - Teo | Kuasa bubar Parlimen hak prerogatif Perdana Menteri, tidak wajar didesak mana-mana pihak - Mohamad Sabu | 

Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian "urus niaga"

Anak Syarikat SSF Home Beli Tiga Tanah Di Pulau Indah Bernilai RM42.47 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SSF Home Group Bhd, SSF Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan IFFCO Foods Sdn Bhd untuk membeli tiga bidang tanah di Pulau Indah, Klang bernilai RM42.47 juta.

Pelan Tindakan Sektor Kewangan Baharu Sasar Peranan Lebih Besar Bagi Kewangan Islam Dalam Transformasi Ekonomi Malaysia – Gabenor BNM

Oleh M.Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mahu institusi kewangan Islam memainkan peranan yang lebih besar dalam membiayai fasa seterusnya transformasi ekonomi negara, satu aspirasi yang akan dicerminkan dalam pelan induk sektor kewangan yang dirancang pada 2027.

NGC Energy Sasar Pertumbuhan Melalui Kerjasama Lebih Erat Dengan Pemegang Saham, Peluang Infrastruktur

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian gas petroleum cecair (LPG), NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar negara sambil memperkukuh kehadiran di pasaran domestik, disokong oleh struktur pemegang saham yang kian berkembang serta potensi peluang infrastruktur.

Astro Malaysia Jual Aset Perniagaan Jalur Lebar Pada Harga RM83 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Maxis Broadband Sdn Bhd untuk menjual aset perniagaan jalur lebarnya pada harga RM83 juta.

Malakoff Meterai Perjanjian Kerja Transmisi Bernilai RM34.39 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd, memeterai perjanjian Kerja Transmisi dan Sambungan (TIWA) bernilai RM34.39 juta dengan MMC Engineering Sdn Bhd (MMCE).

MAG, CITI Umum Kemudahan Pembiayaan Perdagangan US$75 Juta Bagi Perkukuh Rantaian Bekalan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan Citibank Bhd (Citi) mengumumkan kemudahan pembiayaan perdagangan berstruktur bernilai US$75 juta (US$1=RM4.07) untuk menambah baik pengurusan modal kerja, meningkatkan mudah tunai dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan bagi menyokong keperluan operasi MAG di seluruh Asia.

Ringgit Dibuka Meningkat Ketika Kebimbangan Pelaburan AI Jejas Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang susut nilai diasak kejatuhan harga saham susulan kebimbangan mengenai pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Kerajaan Sedang Muktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli, Jamin Bekalan Tenaga - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan dalam proses memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) bagi menyelaras pembangunan sektor Malaysia agar sejajar dengan dasar negara serta Rancangan Malaysia Ke-13, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.