13jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelan tindakan Invest Borneo harus menumpukan kepada rantaian nilai bersama, menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan merentasi sempadan serta mengutamakan realisasi pelaburan bagi memperkukuh kedudukan pulau itu sebagai hab pelaburan.
14jam ago
JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Matrix Concepts Holdings Bhd, Matrix Concepts (Southern) Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) berasingan untuk memperoleh 57 lot tanah berkeluasan 174.77 hektar di Kulai, Johor, pada harga RM169.31 juta secara tunai.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan minat pelabur global untuk mengambil risiko dalam keadaan penurunan harga minyak.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak mencatatkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM7 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2026, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) harus kekal sebagai langkah jangka pendek dan bukannya kekal memandangkan program itu direka membantu menangani peningkatan kos sara hidup dan mengekalkan kuasa beli, kata ahli ekonomi.
17jam ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.
19jam ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa berikutan asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan terus menyokong unit tempatan itu dalam keadaan risiko geopolitik yang masih berterusan di Asia Barat, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi.
1hari ago
SEPANG, 26 Okt (Bernama) -- Lufthansa Airlines hari ini melancarkan semula perkhidmatan penerbangan terus yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Frankfurt, Jerman, sekali gus mengembalikan hubungan udara berkenaan selepas hampir sedekad.
1hari ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Eksport makanan laut Jepun ke Malaysia meningkat kira-kira 40 peratus dalam tempoh lapan bulan pertama 2026, didorong oleh permintaan kukuh terhadap produk premium serta semakin ramai pengguna yang mula menggemari masakan Jepun.