BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 33 berita berdasarkan kata kunci carian "rhb"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kerugian dicatatkan oleh Wall Street ketika sentimen pasaran kekal tidak menentu susulan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.

IOIPG Malaysia REIT Memeterai Perjanjian Penaja Jamin Untuk IPO Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT), yang bakal tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, telah menandatangani perjanjian penaja jamin dengan sindiket enam institusi kewangan untuk tawaran awam permulaannya (IPO).

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,600-1,630 Mata Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata pada minggu depan, dengan kecenderungan meningkat dalam dagangan berhati-hati didorong oleh pembelian saham mewah terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ditekan Lonjakan Hasil Bon, Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah apabila pasaran diasak tekanan jualan di tengah-tengah lonjakan hasil bon dan harga minyak yang menjejaskan minat risiko.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh aktiviti penjualan saham-saham berwajaran tinggi terpilih, khususnya saham perbankan, seiring dengan prestasi Wall Street yang lebih lemah.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Diunjur 5.4 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Pelaburan Dalam Sektor Huluan Petronas Sokong Prospek O&G Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, dengan pertumbuhan berterusan pelaburan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengukuhkan lagi prospek positifnya.

Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Dijangka Naikkan Harga US$2.00-US$2.50 Setiap Karton Pada Oktober - RHB IB

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

OPR Malaysia Berpotensi Naik 25 Mata Asas Pada 2027 - MBSB Research

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia berpotensi meningkat sebanyak 25 mata asas pada 2027 didorong oleh jangkaan bahawa kadar faedah global terus meningkat, menurut MBSB Research.