BERITA TERKINI   ACLE: Pohang 0-2 JDT | Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Sepang, Kuantan, Pekan, Rompin, Tawau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup esok, 14 Okt - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok - Fadhlina | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dan STAM di Melaka diteruskan esok ikut jadual - JPN Melaka | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.34 mata atau 0.33 peratus kepada 1,623.35 daripada 1,618.01 semasa ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka rendah 1.39 mata kepada 1,616.62, bergerak antara 1,611.17 dan 1,628.01 sepanjang sesi dagangan.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 813 berbanding 381 manakala 463 kaunter tidak berubah, 1,169 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.60 bilion unit bernilai RM3.32 bilion daripada 3.36 bilion unit bernilai RM2.91 bilion pada Isnin.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beliau mengekalkan pendirian optimis secara berhati-hati, disokong oleh penilaian saham yang lebih menarik berikutan pembetulan pasaran baru-baru ini dan asas ekonomi domestik yang kekal berdaya tahan.

Beliau menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah yang terpilih akan menyokong pemulihan pasaran secara berperingkat, terutamanya saham wajaran tinggi dalam sektor perbankan dan saham mewah yang mempunyai asas kukuh.

“Sokongan daripada institusi domestik turut dijangka membantu mengehadkan penurunan pasaran, walaupun tekanan jualan berterusan oleh pelabur asing dan penyertaan pasaran yang secara keseluruhannya lemah mungkin mengehadkan kadar pemulihan,” katanya kepada Bernama.

Thong turut menjangka pasaran mendatar dengan kecenderungan meningkat berikutan pelabur menyusun semula portfolio dengan beralih kepada saham yang dinilai lebih menarik.

“Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,630 sepanjang minggu ini,” katanya. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group Holdings meningkat 20 sen kepada RM7.50, Maybank menambah satu sen kepada RM9.96, Public Bank naik empat sen kepada RM4.70, IHH Healthcare menokok lapan sen kepada RM7.98 dan RHB Bank naik 11 sen kepada RM7.30.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI menurun satu sen kepada 6.5 sen, JAKS Resources berkurangan dua sen kepada 15 sen dan Dagang Nexchange merosot empat sen kepada 47.5 sen.  VS Industry menambah 1.5 sen kepada 34 sen dan Top Glove Corporation meningkat empat sen kepada 85.5 sen.

Kaunter paling untung ialah Hong Leong Industries naik 22 sen kepada RM16.30, Ayer Holdings meningkat 15 sen kepada RM7.70. Hong Leong Financial menambah 14 sen kepada RM17.60, Bursa Malaysia melonjak 13 sen kepada RM8.10 dan AMMB Holdings menokok 12 sen kepada RM6.27. 

Kaunter paling rugi termasuklah Malaysian Pacific berkurangan RM1.86 kepada RM41.16, Nestle menurun 96 sen kepada RM90.14, MI Technovation jatuh 52 sen kepada RM6.50, UMS Integration menyusut 50 sen kepada RM8.40 dan Vitrox merosot 50 sen kepada RM10.74.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 berkurangan 104.16 mata kepada 17,378, Indeks FBM Emas Shariah menurun 56.60 mata kepada 12,074.47 dan Indeks FBM ACE merosot 75.35 mata kepada 5,485.35.

Indeks FBM Emas menambah 2.04 mata kepada 12,106.74 dan Indeks FBM Top 100 naik 10.61 mata kepada 11,898.46. 

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.07 mata kepada 179.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 172.03 mata kepada 18,766.17 dan Indeks Tenaga menokok 0.90 mata kepada 835.06.

Indeks Perladangan menambah 1.22 mata kepada 8,813.12.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.19 bilion unit bernilai RM2.99 bilion daripada 2.01 bilion unit bernilai RM2.61 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 860.20 juta unit bernilai RM116.20 juta daripada 878.57 juta unit bernilai RM121.03 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 553.61 juta unit bernilai RM204.73 juta daripada 470.43 juta unit bernilai RM180.09 juta sebelum ini.

Sementara itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 252.93 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (371.86 juta), pembinaan (187.71 juta), teknologi (773.54 juta), perkhidmatan kewangan (120.95 juta), hartanah (120.33 juta), perladangan (27.74 juta), amanah pelaburan hartanah (15.56 juta), dana tertutup (111,100), tenaga (73.23 juta), penjagaan kesihatan (148.50 juta), telekomunikasi dan media (25.46 juta), pengangkutan dan logistik (45.91 juta), utiliti (31.40 juta) dan amanah perniagaan (135,400).

- BERNAMA