Bursa Malaysia Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya memperoleh pembiayaan berjangka Islam bersindiket bernilai RM5.2 bilion, sekali gus menandakan langkah penting dalam peralihan ke fasa seterusnya rangka kerja dwi rangkaian 5G.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pada tengah hari dipengaruhi tekanan jualan, menjejaki prestasi bercampur-campur pasaran global apabila kenaikan berterusan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengehadkan sentimen risiko.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Peningkatan had maksimum pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta dijangka memperkukuh pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan menyokong permintaan dalam pasaran hartanah kediaman, kata pakar hartanah.
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dipacu oleh saham utiliti, walaupun keluasan pasaran terus kekal negatif.
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah apabila pasaran diasak tekanan jualan di tengah-tengah lonjakan hasil bon dan harga minyak yang menjejaskan minat risiko.
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Gamuda Bhd meningkat sebanyak lima peratus kepada RM1.052 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2026 sekali gus mencatatkan rekod prestasi kewangan tertinggi bagi tahun kelima berturut-turut.
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- MIHAS 2026 mencatat prestasi kukuh sepanjang empat hari penganjurannya dari 23 hingga 26 September 2026, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM6.78 bilion, peningkatan RM730 juta atau 12.0 peratus berbanding RM6.05 bilion pada 2025.
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil bakal menamatkan perkhidmatannya pada 2 Okt, 2026 selepas menyempurnakan kontrak selama dua tahun.
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan inisiatif di bawah Belanjawan 2027 yang dapat mempercepat keupayaan rakyat melakukan penyesuaian dalam memanfaatkan dinamik kecerdasan buatan (AI) berbanding sekadar menerimaguna teknologi itu, kata perunding.