BERITA TERKINI   Malaysia perlu memastikan manfaat AI tidak hanya menguntungkan golongan elit, manakala sebahagian besar masyarakat terus ketinggalan - Anwar | Google melabur US$15 bilion di Malaysia, menyokong pusat data dan infrastruktur, kata Presiden dan CIO | Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian "grid"

TNB Komited Sambung Pusat Data Ke Grid Elektrik Dalam Tempoh Setahun

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk menyambungkan pusat data yang telah mendapat kelulusan kepada grid elektrik dalam tempoh setahun, ketika Malaysia memperkukuh rangkaian elektrik domestiknya bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta meningkatkan kesalinghubungan elektrik serantau.

ASEAN Perlu Perkukuh Keselamatan Tenaga, Percepat Pembangunan Grid Elektrik Serantau

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.

Malaysia Berpeluang Raih Manfaat Daripada Projek Kuasa Rentas Sempadan - Fadillah

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan dan pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Sebagai Hab Pusat Data Serantau - Moody’s Ratings

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody’s Ratings.

Malaysia Perlu Bekalan Tenaga Mencukupi, Kapasiti Grid Tarik Pelaburan Pusat Data – JERA

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga dan menarik pemaju pusat data bagi membuat pelaburan di negara ini, menurut syarikat penjanaan elektrik terbesar Jepun, JERA.

Johor Sasar 5 GW Tenaga Solar Menjelang 2031 Bagi Tampung Permintaan Pusat Data

ISKANDAR PUTERI, 25 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor menyasarkan penjanaan kira-kira 5 gigawatt (GW) tenaga solar dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang sebagai penyelesaian jangka panjang untuk menampung lonjakan permintaan terhadap elektrik didorong oleh pertumbuhan pesat sektor pusat data di negeri ini.

Anutin Yakin Pertumbuhan KDNK Thailand Lebih 2.1 Peratus Pada 2026

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 24 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Thailand diyakini akan melebihi unjuran 2.1 peratus tahun ini dengan peningkatan pelaburan asing, eksport dan hasil cukai sebagai petanda prospek ekonomi yang semakin baik, kata Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul.

Kepesatan Pembangunan Pusat Data Pacu Permintaan Prasarana Tenaga Johor

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri pusat data di Johor yang terus berkembang pesat dijangka memacu permintaan tenaga elektrik yang ketara, sekali gus membuktikan kepentingan untuk meneruskan pembangunan infrastruktur tenaga.

Penggiat Industri Diseru Kemuka Cadangan Mengenai Peralihan Tenaga Malaysia - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menyeru penggiat industri untuk mengemukakan cadangan dasar mengenai penyimpanan tenaga, ekonomi hidrogen dan pelaksanaan grid pintar bagi memajukan peralihan tenaga Malaysia, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

Penamatan Operasi Loji Arang Batu TNB Bergantung Pada Keupayaan Tangani Trilema Tenaga

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Keputusan untuk menamatkan operasi loji janakuasa arang batu milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergantung kepada keupayaan Malaysia menangani trilema tenaga, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) hari ini.