BERITA TERKINI   Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada 5.35 pagi tadi - MetMalaysia | 

Terdapat 48 berita berdasarkan kata kunci carian "batu kawan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Asas Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh asas domestik yang berdaya tahan walaupun sentimen berhati-hati ketika musim pengumuman keputusan kewangan pada masa ini yang mungkin mengehadkan kenaikan.

Batu Kawan Catat Kerugian Bersih RM653.16 Juta Pada Suku Ketiga Susulan Rosot Nilai RM1.62 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Batu Kawan Bhd (Batu Kawan) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM653.16 juta pada suku ketiga 2026 yang berakhir pada 30 Jun 2026, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM182.92 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. 

McDonald’s Malaysia, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih

BATU KAWAN, 24 Ogos (Bernama) -- McDonald’s Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga boleh baharu dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui pemasangan solar atas bumbung, penyumberan elektrik boleh baharu dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kemampanan di seluruh rangkaian restorannya.

FBG Holdings Mohon Tamatkan Kerjasama Dengan PDC Bagi Pembangunan Medicity

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- FBG Holdings Bhd sedang memohon untuk menamatkan kerjasamanya dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi cadangan projek pembangunan bersama MediCity di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dasar Penyetempatan EV Perlu Perkukuh Industri, Bukan Sekat Persaingan -- Chow

BATU KAWAN, 21 Ogos (Bernama) – Dasar penyetempatan dasar kenderaan elektrik (EV) Malaysia perlu memperkukuh industri domestik tanpa menyekat persaingan, pilihan pengguna mahupun keyakinan pelabur.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Pelabur

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan penurunan saham teknologi telah menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Intra Hari, Dipacu saham Utiliti, Petrokimia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --  Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh peningkatan dalam kaunter utiliti dan produk perindustrian berwajaran tinggi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kenaikan Harga Minyak Dan Kebimbangan Geopolitik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.

Tawaran Ambil Alih Unit Batu Kawan Ke Atas MKH Jadi Tanpa Syarat

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Batu Kawan Bhd mengumumkan tawaran ambil alih sukarela oleh anak syarikat milik penuhnya Whitmore Holdings Sdn Bhd ke atas MKH Bhd menjadi tidak bersyarat.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, disokong oleh minat belian berterusan berikutan ketegangan geopolitik terbaharu.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Jualan Besar Saham Teknologi Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, seiring dengan jualan besar-besaran saham teknologi di pasaran serantau susulan pembuat cip Amerika Syarikat (AS) Nvidia dilaporkan berbincang dengan OpenAI untuk membantu membiayai dana sokongan bernilai US$250 bilion.