BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan Red Warrior FC 2-5 Star City FC | Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " timur tengah"

Syarikat Dari Malaysia Diminta Manfaatkan Dubai Sebagai Gerbang Ke Timur Tengah, Afrika

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia digalakkan untuk mempertimbangkan Dubai sebagai pintu masuk ke pasaran di seluruh Timur Tengah, Afrika dan Eropah, disokong oleh lokasi strategik emiriah tersebut, infrastruktur logistik serta dasar yang mesra perniagaan, menurut Dewan Perniagaan Dubai (Dubai Chambers).

Kenaikan Harga Minyak Tidak Jejas Perancangan Pembangunan Di Bawah Belanjawan 2027 - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga minyak dunia tidak akan mengganggu perancangan pembangunan negara di bawah Belanjawan 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Eksport Minyak Sawit Malaysia Dijangka Stabil Pada 16 Juta Tan Pada 2027 - MPOC

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan eksport minyak sawit Malaysia kekal stabil pada sekitar 16 juta tan pada 2027, dengan negara dijangka semakin penting sebagai sumber bekalan kepada pengguna global.

Jangkaan Harga Minyak Mentah Lebih Tinggi, Sokong Niaga Hadapan MSM Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, disokong oleh jangkaan harga minyak mentah yang lebih kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang berterusan.

Aktiviti Pengambilan Untung Dijangka Beri Tekanan Kepada Niaga Hadapan MSM Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan antara RM4,400 dan RM4,500 setan minggu depan, dengan aktiviti pengambilan untung berkemungkinan memberi tekanan berikutan bekalan stok minyak sawit yang mencukupi.

Bekalan Bahan Api Malaysia Stabil Tetapi Harga Kekal Naik Dua Hingga Tiga Tahun

PUTRAJAYA, 6 Sept(Bernama) -- Bekalan bahan api Malaysia masih kukuh walaupun paras bekalan global berada dalam paras rendah, kerajaan yakin negara ini akan memperoleh bekalan yang mencukupi sehingga akhir tahun, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Berdepan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu hadapan di tengah-tengah paras stok yang tinggi di Malaysia dan Indonesia, kata seorang peniaga.

SNPS Thailand Teroka Kerjasama Malaysia Manfaat Pensijilan Halal Tembus Pasaran Timur Tengah

Daripada Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

BANGKOK, 1 Sept (Bernama) -- Pengeluar bahan ramuan semula jadi berpangkalan di Thailand, Specialty Natural Products Public Company Ltd (SNPS), berminat bekerjasama dengan rakan kongsi Malaysia dalam pembangunan produk bagi memanfaatkan pensijilan halal Malaysia sebagai platform strategik untuk menembusi pasaran Timur Tengah.

Status BioNexus Yang Dipertingkatkan Perkukuh Ekosistem Bioteknologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Rangka kerja Status BioNexus yang dipertingkatkan mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai platform kepada syarikat bioteknologi yang sedang berkembang dengan meluaskan sokongan dan bertindak balas terhadap keperluan industri yang semakin berkembang.

ASM 2 Wawasan Catat Agihan Pendapatan RM1.31 Bilion, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.