17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik Frontken Corporation Bhd (Frontken), Ares Green Technology Corporation (Ares Green) memperoleh tanah perindustrian dan bangunan kilang di Bandar Tainan, Taiwan daripada Ginwin Technology Co Ltd (Ginwin Technology) pada harga RM118.16 juta.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pelaburan pusat data dijangka menjadi pemacu pertumbuhan baharu bagi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dengan permintaan elektrik daripada sektor itu diunjurkan melebihi 8,000 megawatt (MW) menjelang 2035, bersamaan 30 peratus daripada keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik Malaysia.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pusat data ketika ini menyumbang 9.28 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik negara, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan ke Busan mulai 2 Disember, 2026, menghubungkan semula Kuala Lumpur dengan bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu selepas kali terakhir menawarkan laluan berkenaan antara tahun 1996 dan 1998.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd menjelaskan cadangan pengumpulan dana sehingga US$1 bilion (US$1=RM4.04) daripada pasaran hutang antarabangsa dan RM700 juta dalam kredit tempatan, bertujuan bagi penyusunan atau pembiayaan semula hutang selain penyatuan lembaran imbangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd (BCorp) berkurangan kepada RM340.36 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM541.97 juta pada tahun kewangan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- IOI Properties Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM2.15 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM1.06 bilion pada tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Capital A Bhd menyusut kepada RM23.87 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM1.45 bilion pada suku kedua 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Capital Bhd (HLCB) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 melonjak 12 peratus dari tahun ke tahun kepada RM65.56 juta berbanding RM58.43 juta yang disaksikan pada tahun kewangan sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Firma penasihat kewangan IPPFA Sdn Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 4.6 peratus sebelumnya.