1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa penggiat industri sawit mempercepat penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan penghasilan produk bernilai tinggi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ryt Bank kini menyokong Apple Pay, membolehkan pengguna menambah kad debit Ryt Bank Visa Debit Card (atau Kad Ryt) ke Apple Wallet dan menggunakannya untuk membuat pembayaran di kedai, dalam talian dan melalui aplikasi.
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan peningkatan dalam kebanyakan pasaran utama Asia susulan kenaikan saham teknologi di Wall Street dalam tempoh semalaman, walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi terus mengehadkan minat terhadap risiko.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd telah mengembangkan perkhidmatan pembayaran rentas sempadannya, OCBC World Transfer, untuk menyokong transaksi dalam 67 mata wang berbanding hanya 26 sebelum ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia antara yang terendah di rantau ini, namun peningkatan tekanan kos di peringkat huluan boleh membawa risiko kenaikan harga pada lewat tahun ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Institut Bank-Bank Bertauliah Asia (AICB) dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan (CONG) menggesa perkongsian risikan yang lebih kukuh, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta kerjasama lebih erat merentas ekosistem kewangan bagi menangani jenayah kewangan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan Pulau Carey dan Midport tidak akan menjejaskan kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kerana setiap pelabuhan mempunyai pengkhususan dan konsep pembangunan berlainan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Industri perbankan dan PayNet akan memperkenalkan keupayaan amaran penipuan meliputi seluruh industri, dengan ujian rintis melibatkan bank-bank terpilih disasarkan pada separuh pertama 2027.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum positif Wall Street semalaman, memandangkan harga minyak yang terkawal susulan pemulihan eksport minyak mentah dari Asia Barat, mengimbangi trend penjualan berterusan dalam pasaran bon Perbendaharaan AS.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan kedudukan kewangan isi rumah secara amnya kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja Malaysia yang stabil.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan adunan biodiesel B15 berjaya menjimatkan secara purata 23.62 juta liter diesel berasaskan petroleum sebulan bagi tempoh Jun hingga Ogos.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa kerajaan supaya memansuhkan atau mengurangkan ses eksport, memperkenalkan insentif pelaburan yang lebih kukuh serta menambah baik dasar cukai dan tenaga kerja di bawah Belanjawan 2027.