26hari ago
Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan pasif susulan peralihan global ke arah strategi pelaburan itu, sekiranya pelaksanaan dasar dan reformasi diteruskan secara konsisten, menurut peserta Simposium Sasana 2026.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Bank Dunia kekal komited untuk menyokong Malaysia dalam memajukan agenda transformasi digitalnya dengan berkongsi pengalaman antarabangsa, menyediakan sokongan analitikal, memudah cara pertukaran pengetahuan dan bekerjasama merealisasikan cadangan kepada tindakan.
1bulan ago
CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) perlu menjadi pemudah cara pertumbuhan yang menghubungkan syarikat Bumiputera kepada peluang sebenar dan bukan hanya sebagai penyedia program atau pembiayaan.
1bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Malaysia merupakan sumber pelaburan asing kelima terbesar di Indonesia pada suku kedua 2026, dengan menyumbang US$700 juta (US$1 = RM4.065), manakala keseluruhan pelaburan direalisasi Indonesia berjumlah Rp511.8 trilion (Rp1 juta = RM225).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, Jun 29 (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan pengeluaran lada premium negara meningkat kepada 39,000 tan metrik menjelang 2030 berbanding anggaran 33,000 tan metrik pada 2026, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Huang Tiong Sii.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempercepat transformasi menyeluruh organisasinya bagi memperkukuh tadbir urus, pelaksanaan projek dan kemampuan dalaman susulan langkah penstrukturan semula syarikat pada Mac 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) telah mengumumkan majlis kebangsaannya untuk penggal 2026-2029, menggariskan keutamaan yang merangkumi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembaharuan dasar untuk memperkukuhkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
1bulan ago
SERDANG, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pertumbuhan industri aeroangkasa antara 15 hingga 20 peratus tahun ini, didorong permintaan global yang terus meningkat terhadap pesawat serta pengembangan rantaian bekalan industri berkenaan.
2bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untuk lonjakan seterusnya dalam hubungan ekonomi, namun persekitaran kondusif penting untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.