BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Model pejabat pelbagai keluarga diperkenalkan di Forest City bagi menawarkan khidmat kepada beberapa keluarga termasuk dana SFO yang diluluskan | Defisit 2027 dijangka turun kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3.0 peratus menjelang 2028 - PM Anwar | Belanjawan 2027: Bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara dinaikkan daripada RM30 kepada RM100 | PM Anwar, PM Wong akan lancar Pelan Induk dan Pelan Tindakan JS-SEZ pada akhir tahun ini | Belanjawan 2027: Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap tahun depan | 

Pelan Induk, Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dilancarkan Pada Suku Keempat 2026

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata dokumen itu telah disediakan manakala agensi kerajaan kini berusaha untuk melaksanakan pelaburan yang telah dijanjikan bagi zon ekonomi tersebut.

"Saya berpandangan kita boleh lebih meneroka butiran dokumen itu apabila tiba masanya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Eksekutif JS-SEZ 2026 di sini, hari ini.

Ad Banner

Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ akan menjadi panduan hala tuju komprehensif, dengan menetapkan kerangka strategik, sistematik dan kolaboratif bagi fasa seterusnya pembangunan ekonomi rentas sempadan itu.

Pesuruhjaya Persekutuan dan Pengarah Pengurusan Korporat dan Kewangan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) , Nor Hisham Mohd Yusof berkata pelan tindakan yang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Ekonomi itu akan memperincikan bidang tumpuan pelaburan utama, sektor keutamaan, penambahbaikan infrastruktur serta pembangunan ekosistem bakat.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner