| BERITA TERKINI | PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | |
Terdapat 236 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysia"
Yuran Pengeluaran Tunai ATM Antara Bank Dikecualikan Bermula 1 Julai 2026
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026.
Pasaran Getah Kukuh Didorong Kenaikan Niaga Hadapan Serantau
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang ketat, kata seorang peniaga.
MRMA Lantik Derek Teh Sebagai Pengerusi
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengurus Pelaburan Hartanah (REIT) Malaysia (MRMA) melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Derek Teh Wan Wei sebagai pengerusi persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini.
Pentech Sasar Sumbangan Hasil Berulang 40 Peratus Dalam Tempoh Tiga Tahun
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berpangkalan di Pulau Pinang, Pentech Holdings Bhd menyasarkan hasil berulang menyumbang 40 peratus daripada jumlah pendapatannya manakala 60 peratus lagi daripada segmen tidak berulang dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Bioeconomy Corp, K-Eco Korea Selatan Meterai MoU Bagi Perkukuh Biotenaga Lestari
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.
Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak RM539.3 Juta Untuk Pembangunan Di Bukit Tunku
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM539.32 juta daripada BRDB Developments Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif, seiring kenaikan pasaran serantau Asia dan menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman.
Pulau Pinang Capai 81 Peratus Ke Arah Sasaran Penyertaan Wanita Dalam Keusahawanan
GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Sidec Lancar Program Pemecut Triple Selangor 2026
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah melancarkan Program Pemecut Triple (Tiga) Selangor 2026 menerusi pengenalan segmen Token-X baharu untuk untuk syarikat pemula niaga aset digital, rantaian blok dan Web3.
CIDB Lantik Ahmad Farrin Sebagai Ketua Eksekutif Baharu
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lepas.
Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Sentimen Pasaran Lebih Baik
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatan dengan dibuka tinggi pada Isnin berbanding dolar AS dan mata wang utama lain, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.