BERITA TERKINI   Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | 

TIV Industri Automotif Susut Dua Peratus Kepada 71,428 Unit Pada Ogos – MAA

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia susut 2 peratus tahun ke tahun kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 daripada 73,041 unit pada bulan sama tahun lepas.

Bagaimanapun, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, TIV meningkat 3 peratus kepada 530,478 unit daripada 516,862 unit dalam tempoh sama tahun lepas.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan prestasi TIV pada Ogos 2026 antaranya disokong oleh jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mencatat paras bulanan tertinggi tahun ini, iaitu hampir 24,000 unit, sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelancaran model baharu.

Ad Banner

Menurut MAA, permintaan terhadap trak pikap terus bertambah baik dengan jualan hampir 3,000 unit direkodkan pada Ogos, sekali gus menjadikannya paras jualan bulanan kedua tertinggi.

Jualan kenderaan penumpang susut 0.4 peratus tahun ke tahun kepada 67,058 unit pada Ogos 2026 daripada 67,302 unit setahun sebelumnya, manakala jualan kenderaan perdagangan merosot 24 peratus kepada 4,370 unit daripada 5,739 unit sebelumnya.

Sementara itu, pengeluaran kenderaan susut 7 peratus tahun ke tahun kepada 64,549 unit daripada 69,351 unit sebelumnya.

Ad Banner

Pengeluaran kenderaan penumpang merosot 6 peratus kepada 61,242 unit daripada 65,393 unit pada Ogos tahun lepas, manakala pengeluaran kenderaan perdagangan menurun kepada 3,307 unit daripada 3,958 unit pada bulan sama tahun sebelumnya.

Bagi September 2026, MAA menjangkakan jualan akan mengekalkan momentum semasa.

-- BERNAMA

TAG: