BERITA TERKINI   FELDA: SPRM akan rakam keterangan bekas pengerusi di penjara dalam masa terdekat - KP SPRM | RCI TH: Tiada pemimpin UMNO bakal dipanggil SPRM pada minggu hadapan - KP SPRM | Isu baja: SPRM rakam keterangan 13 saksi, bakal panggil KSU atau menteri untuk lengkapkan siasatan - KP SPRM | KKM akan berbincang dengan ATM bagi meneroka penggunaan asetnya untuk pemindahan pesakit kecemasan - Dzulkefly | Nahas helikopter : KKM nilai semula lokasi dan kaedah akses FDS, termasuk alternatif pengangkutan yang lebih selamat.- Dzulkefly | 

Terdapat 535 berita berdasarkan kata kunci carian " pelan"

Boustead Sasar Hasil RM30 Bilion Dalam Lima Tahun, Perkukuh Pertahanan

GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) -- Boustead Holdings Berhad (BHB) menyasarkan meningkatkan hasil kumpulannya kepada RM30 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang daripada kira-kira RM12 bilion ketika ini menerusi penstrukturan semula perniagaan yang memberi tumpuan kepada sektor pertahanan, pembangunan hartanah dan perkhidmatan komersial.

Perniagaan EU Gesa FTA Malaysia-EU Berkualiti Tinggi Bagi Tingkatkan Pelaburan, Perdagangan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Peneraju perniagaan Eropah menggesa kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) yang berkualiti tinggi dan memberikan hasil komersial yang praktikal selain memperkukuh pelaburan dan kerjasama jangka panjang.

Prestasi ESG Syarikat Tersenarai Malaysia Meningkat, Skor FTSE4Good Cecah 8.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat tersenarai Malaysia terus mencapai kemajuan yang mantap dalam prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka, dengan purata wajaran FTSE4Good ESG Score merentas Pasaran Utama termasuk ACE meningkat 8.8 peratus antara Jun 2025 dan Jun 2026.

Malaysia Perlu Lebih Banyak Syarikat Juara Nasional, Pacu Pertumbuhan Serantau -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat yang mampu berkembang daripada perusahaan kepada juara nasional dan seterusnya berstatus sebagai peneraju serantau, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Segmen Utama Capital A Catat Pertumbuhan Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat pegangan pelaburan Capital A Bhd mencatat pertumbuhan merangkumi beberapa segmen perniagaan utamanya dalam suku kedua 2026, dipacu oleh prestasi lebih kukuh membabitkan perniagaan kejuruteraan, logistik dan platform pelancongan.

MNRB Akan Jual Unit Takaful Ikhlas Kepada Anak Syarikat Bank Rakyat Dengan Harga RM1.64 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd bercadang menjual 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam unit milik penuhnya, Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS Family) dan Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS General) kepada Rakyat Nominees Sdn Bhd dengan harga RM1.64 bilion secara tunai, tertakluk kepada pelarasan.

Vantris Energy Raih Kontrak Bernilai RM830 Juta, Nilai Perolehan Kontrak Lebih RM6 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Vantris Energy Bhd memperoleh kontrak bernilai RM830 juta bagi perkhidmatan pengangkutan, pemasangan dan pelantar penggerudian dibantu kapal sokongan (TADR) di Malaysia.

Jenayah Kewangan Digital Tuntut Pematuhan Lebih Pintar, Berasaskan Data ---Labuan FSA

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan mesti mengguna pakai sistem pematuhan yang lebih pintar, berteraskan data dan berasaskan risiko memandangkan jenayah kewangan kini semakin berasaskan digital, saling berkait selain sukar dikesan.

Sistem Percukaian Dunia Perlu Bergerak Seiring Dengan Landskap Ekonomi Digital - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Industri Acara Perniagaan Dijangka Jana Impak Ekonomi RM34.97 Bilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia diunjurkan menjana impak ekonomi terkumpul berjumlah RM34.97 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang sedang digerakkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Untung Bersih Suku Pertama Hartalega Melonjak Kepada RM70.03 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 (S1 2026) meningkat kepada RM70.03 juta daripada RM12.61 juta setahun sebelumnya.

MITI Belum Terima Maklumat Rasmi Status Pelaburan BYD Di Tanjung Malim - Johari

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) belum menerima sebarang maklumat rasmi setakat ini sama ada pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD akan meneruskan pelaburan di Tanjung Malim, Perak atau mengambil langkah sebaliknya.