Terdapat 380 berita berdasarkan kata kunci carian "e"

Meneroka ‘Steel Dome’ Turkiye Dijana AI : Dron Murah Jadi Ancaman Yang Menelan Belanja Besar

KONYA (Turkiye), 29 Okt (Bernama) -- Bunyi dentuman kuat tembakan meriam antipesawat bergema di seluruh lapang sasar tentera di Konya, Turkiye, ketika sebuah sistem pertahanan canggih memperlihatkan keupayaan tentera moden untuk menangkis serangan dron yang kini menjadi antara ancaman keselamatan paling pesat berkembang.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Bagi Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan dengan lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah utama pada 3.75 peratus hingga 4.00 peratus.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Dipacu Jangkaan Penormalan OPR

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh jangkaan penormalan kadar dasar semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) minggu depan.

Harga Komoditi Dijangka Naik 23 Peratus Tahun Ini Susulan Kejutan Global - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Dunia menjangkakan harga komoditi naik 23 peratus pada 2026 susulan kejutan global yang semakin meningkat, dengan konflik di Asia Barat telah mengurangkan inventori minyak dan dijangka melonjakkan harga tenaga ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun.

SPRM Masih Jalankan Siasatan Pelaburan KWAP Dalam eFishery - MoF

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan proses siasatan terhadap pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia eFishery. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Tinggi, Kebimbangan Berkaitan Pengeluaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap paras inventori Malaysia yang tinggi serta jangkaan pengeluaran yang kukuh pada Oktober.

Sebanyak RM3.8 Bilion Pembiayaan SME SRF Diluluskan Untuk 6,800 Akaun PKS

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembiayaan berjumlah RM3.8 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SME SRF) Bank Negara Malaysia (BNM) telah diluluskan setakat 30 Sept 2026, yang memanfaatkan lebih 6,800 akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

CIMB Niaga Catat Keuntungan Sebelum Cukai 5.8 Trilion Rupiah Pada Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) --Keuntungan sebelum cukai anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, bagi suku ketiga 2026 berakhir 30 September 2026, berjumlah 5.8 trilion rupiah yang membawa kepada pendapatan sesaham sebanyak 178.65 rupiah (RM1 = 4,458.71 rupiah).

Anak Syarikat Ann Joo Raih Kontrak Subkontrak Solar Bernilai RM61.89 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik penuh Ann Joo Resources Bhd (AJR), IAC Infrastructure Sdn Bhd (IACI) telah memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM61.89 juta.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Walaupun COMEX Susut

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu walaupun Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) mencatat penurunan.

PHB Beli Kompleks Logistik Berharga RM300 Juta Di P. Pinang Daripada Titijaya

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) membeli aset hartanah logistik di Bayan Lepas Waterfront, Pulau Pinang, daripada Titijaya Land Bhd pada harga kira-kira RM300 juta.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.