| BERITA TERKINI | MINDEF perketat, tingkat prosedur keselamatan di pangkalan tentera bendung kegiatan penyeludupan - Mohamed Khaled | MINDEF cadang tubuh jawatankuasa teliti kes dadah selepas siasatan polis selesai - Mohamed Khaled | Penemuan dadah jejas kesiapsiagaan MINDEF pertahan kedaulatan, keselamatan negara - Mohamed Khaled | |
Terdapat 223 berita berdasarkan kata kunci carian "bekalan"
TNB Komited Sambung Pusat Data Ke Grid Elektrik Dalam Tempoh Setahun
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk menyambungkan pusat data yang telah mendapat kelulusan kepada grid elektrik dalam tempoh setahun, ketika Malaysia memperkukuh rangkaian elektrik domestiknya bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta meningkatkan kesalinghubungan elektrik serantau.
ASEAN Perlu Perkukuh Keselamatan Tenaga, Percepat Pembangunan Grid Elektrik Serantau
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Stok Minyak Sawit
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi.
Unit Telechoice Dapat Kontrak Diperbaharui Bernilai S$1.3 Bilion Dari U Mobile
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Unit TeleChoice International Ltd yang tersenarai di Papan Utama Bursa Singapura, Planet Telecoms Managed Services Sdn Bhd (PTMS) akan terus menyediakan perkhidmatan rantaian bekalan secara menyeluruh kepada U Mobile Sdn Bhd selepas memperbaharui kontrak dengan anggaran nilai S$1.3 bilion (S$1=RM3.19).
Nuklear Berpotensi Sebagai Pilihan Tenaga Menjaminkan Susulan Krisis Global - IEA
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Tenaga nuklear boleh menjadi pilihan kepada negara-negara bagi memperkukuh keterjaminan tenaga jangka panjang berikutan gangguan bekalan global, kata Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Dr Fatih Birol.
Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur Susulan Harga Minyak Susut, Gangguan Bekalan
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak dan gangguan bekalan di negara pengeluar getah utama, kata seorang peniaga.
Malaysia Berpeluang Raih Manfaat Daripada Projek Kuasa Rentas Sempadan - Fadillah
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan dan pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.
Harga Minyak Mentah Brent Meningkat Susulan Serangan Houthi, Gangguan Perkapalan
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117 (US$1=RM4.08) setong, didorong oleh peningkatan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.
Zon Ekonomi Sibu Perlukan Kesalinghubungan Udara, Infrastruktur Berteknologi Tinggi
SIBU, Okt 26 (Bernama) -- Menambah baik kesalinghubungan udara dan infrastruktur berteknologi tinggi perlu diutamakan di bawah cadangan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) untuk menarik pelaburan, bakat berkemahiran dan industri bernilai tinggi ke bahagian tengah Sarawak, kata usahawan tempatan Dr Gregory Hii Sui Cheng.
Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Sebagai Hab Pusat Data Serantau - Moody’s Ratings
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody’s Ratings.
EXIM Bank Perkukuh Keupayaan Perniagaan Malaysia Menerusi Inisiatif Strategik Bernilai Lebih RM1 Bilion
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memperkukuh keupayaan perniagaan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan mengamalkan amalan mampan menerusi inisiatif strategik bernilai lebih RM1 bilion yang diamanahkan oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2027.