1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dalam julat kecil pada minggu depan ketika pelabur terus menunggu untuk menilai beberapa data ekonomi utama yang bakal diumumkan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang ketara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat, dengan pertumbuhan ekonomi berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia kepada 4.5 peratus, disokong oleh kestabilan pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang terkawal.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh ketujuh berturut-turut, pada Khamis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada separuh kedua 2026 dan mencapai kemuncak pada separuh pertama 2027, didorong fenomena El Nino yang sangat kuat yang dijangka melanda Asia Tenggara pada penghujung tahun ini.
2bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd berharap kerajaan dapat mengecualikan jongkong emas tempa import daripada duti import 10 peratus bagi memastikan pelaburan emas kekal mampu dimiliki rakyat.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh harga minyak mentah yang rendah dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Enest Group Bhd (Enest) yang disenaraikan di Pasaran LEAP menyasarkan untuk mengumpul RM15.11 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebagai sebahagian daripada pemindahannya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
2bulan ago
SERDANG, 26 Jun (Bernama) -- Pengeluar pesawat ringan Malaysia, Aeronas Aerocraft Sdn Bhd telah menerima tempahan terkumpul sebanyak 50 unit pesawat ringan bernilai US$85 juta (RM357 juta) daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong, Consortium Wholechoice.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd, telah menerima arahan perubahan permintaan perkhidmatan projek bagi pembinaan dan menyiapkan pencawang untuk dua projek pusat data di Johor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.