11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jumlah pemegang akaun ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) yang aktif meningkat kepada lapan juta bagi suku pertama 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyeru seluruh rakyat dan peniaga supaya tidak leka atau mengambil mudah kesan ekonomi dan rantaian bekalan susulan Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- SD Guthrie Bhd memeterai dua perjanjian jual dan beli (SPA) bersyarat untuk menjual tanah pegangan bebas di Kuala Selangor pada harga RM798.31 juta.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Widad Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Tengku Shaifuddin Tengku Jamaluddin sebagai pengerusi baharunya dan Nor Azlan Zainal sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa hari ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan pelabur beralih kepada aset selamat walaupun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat mencatatkan penurunan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia tidak menunjukkan tanda-tanda sebagai sebuah ekonomi dua kelajuan walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ketegangan perdagangan global semakin memuncak, dengan pertumbuhan terus disokong oleh hasil sumbangan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.
11hari ago
Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 15 Julai (Bernama) -- Konglomerat Malaysia, DRB-Hicom Bhd, sedang mengkaji kemungkinan menubuhkan kilang pemasangan kenderaan di Algeria bagi meneroka peluang pengembangan ke dalam pasaran automotif di Afrika Utara, menurut Duta Besar Malaysia ke Algeria Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka kekal di landasan sasaran defisit fiskal bagi 2026 walaupun memperuntukkan tambahan RM25 bilion bagi subsidi bahan api, dengan defisit diunjurkan pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – TAFI Home & Office Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TAFI Industries Bhd, telah menerima surat penganugerahan atau lantikan daripada Armani KPF2 Development Sdn Bhd membabitkan kerja-kerja pembangunan komersial bercampur di Setia Alam, Selangor.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- BMI, sebuah unit Fitch Solutions, menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan perlahan pada separuh kedua 2026, memandangkan momentum yang lebih kukuh daripada jangkaan setakat ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia seiring dengan aliran yang lebih meluas di rantau Asia Pasifik apabila organisasi mempercepatkan pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) meskipun berdepan cabaran untuk mencapai pulangan yang boleh diukur, menurut International Data Corporation (IDC).