BERITA TERKINI   Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Perancis 2026 | Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan dua kenderaan di KM 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Dungun petang tadi - Polis | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis walaupun pasaran tunai mencatat prestasi yang lebih lemah.

Kontrak September 2026 menokok 16 mata kepada 1,691.5, Oktober 2026 melonjak 10.5 mata kepada 1,691.0, manakala kontrak Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing meningkat sembilan mata kepada 1,695.5 dan 1,680.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,818 lot daripada 6,414 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berada pada 44,404 kontrak berbanding 44,138 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 8.82 mata atau 0.51 peratus kepada 1,705.52 daripada 1,714.34 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner