BERITA TERKINI   MTPMA63 tumpu kemajuan pelaksanaan persetujuan MA63, isu strategik Sabah dan Sarawak - PM Anwar | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa selesai pada 7.30 malam semalam - Polis Sarawak | Lembaga Pengampunan : Banduan bukan warganegara hendaklah dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan - BHEUU | Agong perkenan bebaskan 65 banduan hari ini - BHEUU | Agong perkenan permohonan pengampunan Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak - BHEUU | 

Terdapat 966 berita berdasarkan kata kunci carian " julai"

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan niaga hadapan getah serantau yang lemah dalam keadaan harga minyak mentah menurun mendadak dan jangkaan pengeluaran getah asli global yang tinggi, kata peniaga.

Nippon Paint China Tampil Pertama Kali Di ARCHIDEX 2026, Sasar Pasaran Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kepesatan Asia Tenggara dalam mempercepat aspek penerimagunaan piawaian bangunan hijau, peningkatan asas pembuatan, permintaan terhadap teknologi jimat tenaga dan kecekapan sektor pembinaan dan perindustrian, turut membuka peluang baharu bagi syarikat bahan binaan China mengembangkan operasi di serata rantau itu.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Data Ekonomi Utama AS Dikeluarkan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menjelang data ekonomi utama AS dikeluarkan hari ini dalam ketegangan mereda di Asia Barat.

F1 Malaysia Jana Peluang Perniagaan Baharu Untuk PKS Runcit, F&B

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna dalam sektor runcit serta makanan dan minuman (F&B), khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dijangka meningkat susulan pertambahan jumlah pengunjung dan permintaan lebih kukuh berikutan penganjuran Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Malaysia.

LGM : Tiada Insentif Pengeluaran Getah Untuk Julai

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Julai 2026.

Agrobank Salur RM46 Juta Pembiayaan Mikro, Perkasa Usahawan Kelantan

KOTA BHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Agrobank menyalurkan RM46 juta menerusi 765 pembiayaan mikro kepada usahawan di Kelantan dalam tempoh Januari 2025 hingga Julai 2026, sekali gus memperluas akses kewangan serta membantu perusahaan mikro mengembangkan perniagaan.

JDV Sasar 5.5 Juta Liter Susu, Perkukuh Keterjaminan Makanan Negara

Oleh Nur Faradilla Mohamad

MERSING, 1 Ogos (Bernama) -- Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) menyasarkan pengeluaran susu segar sebanyak 5.5 juta liter menjelang akhir tahun ini, didorong peningkatan bilangan lembu perahan serta kesiapsiagaan kemudahan pemprosesan yang dijangka beroperasi mengikut jadual.

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Pada Separuh Kedua 2026 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada separuh kedua 2026, disokong langkah intervensi kerajaan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya tahan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Sekitar US$4,050-US$4,100 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran terhad di antara US$4,050 dan US$4,100 setiap auns troy dengan kecenderungan meningkat. 

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan memandangkan peningkatan bekalan diramalkan memberi kesan kepada harga. 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Bergerak Dalam Julat 1,710 Hingga 1,740 Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat dalam julat antara 1,710 hingga 1,740 minggu depan, menurut seorang penganalisis.

Bekalan Bahan Api Di Stesen Petronas Dijangka Stabil Dan Mencukupi Sehingga September

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petronas seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga bulan September, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.