BERITA TERKINI   Tim Nukleus Angkatan Siber dilancar sebagai langkah mewujudkan cabang keempat ATM, depani ancaman peperangan era digital - Menteri Pertahanan | Institusi pondok perlu didedahkan kepada AI yang berpotensi besar sebagai alat dakwah dan pembangunan umat Islam - PM | Beberapa institusi pondok akan dipilih menjadi perintis tradisi ilmu baharu mengikut pengkhususan, disiplin masing-masing - PM | Kerajaan akan bantu perkemas, martabat institusi pondok termasuk kemudahan fizikal, disiplin ilmu dan pengajian baharu - PM | Op Fella: SPRM rakam keterangan bekas Pengerusi Felda Isa Samad di Penjara Sungai Buloh pada 17 Sept - KP SPRM | 

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan memandangkan peningkatan bekalan diramalkan memberi kesan kepada harga. 

Menurut Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata Asia Tenggara yang sebahagian besarnya menyumbang kepada pengeluaran getah asli dunia, kini berada dalam musim penorehan utamanya. 

Ad Banner

“Sepanjang tempoh ini, keadaan cuaca yang lebih baik membolehkan petani menuai lebih banyak getah, sekali gus memberikan hasil yang lebih besar ke dalam pasaran. 

“Apabila bekalan meningkat, harga cenderung menyusut kerana lebih banyak getah tersedia untuk pembeli,” kata MARGMA kepada Bernama.

Tambah pertubuhan itu, penurunan yang tidak dijangka dalam aktiviti pembuatan di China pada Julai boleh menjejaskan permintaan terhadap getah. 

Ad Banner

“China, yang merupakan pengguna getah asli di dunia, mungkin menyaksikan permintaan getah yang lebih lemah apabila penurunan dalam aktiviti pembuatan mengurangkan pengeluaran kilang dan penggunaan bahan mentah, sekali gus memberi tekanan kepada harga getah,” katanya. 

Sementara itu, pakar industri Denis Low berkata harga berkemungkinan akan menyusut minggu depan, walaupun secara amnya penawaran dan permintaan dijangka kekal stabil. 

“Sektor getah sentiasa berdaya tahan dengan penawaran dan permintaan memasuki corak kestabilannya yang biasa pada bulan-bulan musim panas," katanya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) kekal tidak berubah pada 892.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 22.5 sen kepada 695.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA