Terdapat 747 berita berdasarkan kata kunci carian "pertumbuhan"

Pertumbuhan Tuntutan Perubatan Dua Digit Dijangka Berterusan Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan tuntutan perubatan pada kadar dua digit dijangka berterusan dalam tempoh terdekat susulan inflasi tuntutan perubatan meningkat 12.28 peratus pada 2025, didorong terutamanya peningkatan bilangan individu yang dilindungi insurans mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Keuntungan Bersih Hong Leong Capital Lonjak Kepada RM65.56 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Capital Bhd (HLCB) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 melonjak 12 peratus dari tahun ke tahun kepada RM65.56 juta berbanding RM58.43 juta yang disaksikan pada tahun kewangan sebelumnya.

Maybank Catat Untung Bersih RM2.69 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 meningkat 2.4 peratus kepada RM2.69 bilion daripada RM2.62 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Malaysia Perlu Perkukuh Asas Pasaran Untuk Kekal Kompetitif - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Selain menerima pakai teknologi baharu, Malaysia perlu memperkukuh asas pasaran, meningkatkan kecekapan dan memperluas akses kepada modal untuk memastikan pasaran kewangan dan modalnya kekal kompetitif, berdaya tahan dan relevan.

Lee Teck Yuen Ambil Alih Pengerusi IJM Corp

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah mengumumkan pelantikan semula pengarah bukan eksekutifnya Datuk Lee Teck Yuen sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu, berkuat kuasa 27 Ogos 2026. 

Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Meningkat Kepada RM453.33 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM453.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM450.19 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2026 Bank Islam Meningkat 9.8 Peratus Kepada RM139.12 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026  meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada RM139.12 juta daripada RM126.68 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Mah Sing Beli Tanah 14.37 Ekar Di Ampang Pada Harga RM186.17 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd, Capitol Avenue Development Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat untuk membeli beberapa bidang tanah di Ampang dengan jumlah pertimbangan sebanyak RM186.17 juta.

IPPFA Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Malaysia Kepada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Firma penasihat kewangan IPPFA Sdn Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 4.6 peratus sebelumnya.

Proton Sasar Jualan 200,000 Unit Pada 2026, Segmen xEV Cecah 17 Peratus

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menjangka jumlah jualan kenderaannya mencecah 200,000 unit pada 2026, akan menjadi prestasi jualan tahunan tertingginya dalam tempoh 15 tahun didorong oleh prestasi yang kukuh pada separuh pertama tahun ini.

Proton Jangka Ekosistem E&E Pacu Pertumbuhan Industri Automotif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu terus memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) yang kukuh bagi memperkasa industri automotif negara, susulan peningkatan penggunaan komponen elektrik dan elektronik dalam kenderaan, kata Proton Holdings Bhd.

Ekosistem Perkapalan, Logistik Perlu Pelaburan Untuk Seiring Dengan Pertumbuhan Kargo - SAM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu menangani kekurangan pelaburan dalam ekosistem perkapalan dan logistiknya berikutan jumlah pengendalian kargo di pintu masuk utama yang meningkat manakala kapasiti dalam industri sokongan berkurangan, kata Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia (SAM) Ooi Lean Hin.