BERITA TERKINI   Liga Super: KL City 0-6 Kuching City | 17 rakyat Malaysia antara 291 warga asing dilaporkan hilang susulan banjir di daerah Rasuwa - Lembaga Pelancongan Nepal | 17 RAKYAT MALAYSIA ANTARA 291 WARGA ASING DILAPORKAN HILANG SUSULAN BANJIR DI DAERAH RASUWA - LEMBAGA PELANCONGAN NEPAL | Liga Super: JDT 9-0 Kelantan TRW FC | 

Lee Teck Yuen Ambil Alih Pengerusi IJM Corp

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah mengumumkan pelantikan semula pengarah bukan eksekutifnya Datuk Lee Teck Yuen sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu, berkuat kuasa 27 Ogos 2026. 

Gergasi pembinaan dan infrastruktur itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Lee menyertai lembaganya pada 30 Mei 2007 sebagai pengarah bukan eksekutif.

“Beliau dilantik semula sebagai pengarah kanan bebas bukan eksekutif pada 9 Nov 2012 dan sebagai pengarah bukan eksekutif pada 1 Jun 2022. Beliau mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam perniagaan hartanah tempatan serta antarabangsa,” katanya.

Ad Banner

Lee, yang menggantikan Tan Sri Krishnan Tan, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dan Pentadbiran Perniagaan dari University of Leeds, United Kingdom.

Pada 29 Julai, Tan mengumumkan bahawa beliau akan berundur selepas lebih empat dekad bersama kumpulan itu selepas enggan bertanding semula pada mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat pada 27 Ogos.

“Saya pergi, selepas mengetahui kumpulan berada pada kedudukan terbaik untuk episod pertumbuhan seterusnya, dan saya berharap IJM sentiasa berjaya dalam dekad akan datang,” katanya dalam Laporan Tahunan Bersepadu 2026 kumpulan itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA