6hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi tidak banyak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan jangkaan bahawa kemungkinan untuk kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dinaikkan pada September semakin rendah, kata ahli ekonomi.
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong harga minyak sayuran lain yang lebih kukuh serta prospek permintaan yang semakin baik.
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Isnin termasuk dolar AS berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lepas.
7hari ago
BANGKOK, 17 Ogos (Bernama) -- Thailand mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada 1.9 peratus bagi tahun ke tahun dalam suku kedua 2026 yang lebih perlahan berbanding 2.8 peratus pada suku sebelumnya, menurut laporan Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) pada Isnin.
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi berikutan kelemahan US dolar dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur merosot di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pertumbuhan ekonomi global, kata seorang penganalisis.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.
7hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan prospek fenomena El Niño yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
7hari ago
GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran inflasi Malaysia pada 2.1 peratus bagi 2026, meningkat daripada 1.4 peratus pada 2025, dengan tekanan harga domestik kekal terkawal meskipun risiko tenaga kembali meningkat.