3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Apex Securities Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang pada November ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat usaha sama Gamuda Bhd dengan B.M.D Constructions Pty Ltd berjaya memperoleh kontrak reka bentuk dan pembinaan bernilai A$624 juta (kira-kira RM1.8 bilion) bagi kerja-kerja naik taraf dua jalan raya di New South Wales, Australia.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada 28.5 peratus (2025: 6.6 peratus) daripada 19.0 peratus sebelum ini, dengan nilai eksport dijangka melepasi paras RM2.0 trilion tahun ini.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) memperkukuh agenda kesiapsiagaan menghadapi krisis menerusi Rancangan Korporat PIDM 2026-2028, dengan tumpuan lebih kukuh kepada daya tahan resolusi, perlindungan digital serta meneruskan perlindungan terhadap pendeposit dan pemegang polisi sekiranya institusi anggota berdepan kesukaran.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sektor perladangan, utiliti dan penjagaan kesihatan telah menarik jumlah aliran masuk asing bersih sebanyak RM299.6 juta ke Bursa Malaysia minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin berikutan pelabur mengambil kira prestasi pasaran serantau yang kukuh berbanding kebimbangan berterusan terhadap pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah dan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin.
4hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang utama dan ASEAN pada Isnin berikutan pelabur menilai kenaikan kadar faedah oleh Bank of Japan (BOJ) pada Jumaat lepas.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) mengumumkan kemunculan semulanya di bawah pengurusan baharu, dengan model perniagaan baharu yang memberi tumpuan eksklusif kepada penerbangan carter haji dan umrah yang patuh syariah, serta dijangka mula beroperasi pada 2027.
4hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Seorang profesional muda yang juga akauntan sepenuh masa dan peminat e-sukan, Mohamed Ilyas Suhairi bermain permainan video untuk merehatkan minda selepas seharian bekerja apabila permainan itu sentiasa menawarkan perkara baharu untuk diterokai.
5hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 20 Sept (Bernama) -- Jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan di Malaysia sekali lagi menjadikan isu kebakaran hutan dan tanah di rantau ini menjadi tumpuan.