Terdapat 313 berita berdasarkan kata kunci carian " niaga hadapan"

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu. 

Niaga Hadapan MSM Lonjak Melepasi RM4,750, Disokong Harga Minyak Mentah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, dengan kontrak terdekat melonjak melepasi RM4,750 setan metrik susulan kenaikan harga minyak mentah berikutan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa berikutan kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Kerangka Penyenaraian Dwi IPO Malaysia-Hong Kong Berkuat Kuasa September 2026

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerangka Penyenaraian Dwi tawaran awam permulaan (IPO) yang dimudahcara antara Malaysia dan Hong Kong akan berkuat kuasa pada September 2026, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan pasaran modal antara kedua-dua ekonomi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Hampir Tidak Berubah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka hampir tidak berubah dalam dagangan awal pada Selasa.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila jangkaan penurunan kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat telah meningkatkan permintaan terhadap logam berharga itu. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan di Bursa Malaysia Derivatives dengan lebih tinggi pada Isnin.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat 1,720-1,750 Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik dalam jajaran 1,720-1,750 minggu depan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Catat Pengambilan Untung Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu depan susulan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat kian reda.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Menjelang Laporan Julai MPOB

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini selepas para peniaga memperoleh keuntungan menjelang hujung minggu dan pengeluaran laporan bekalan serta permintaan untuk Julai daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 Ogos ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.