BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat 1,720-1,750 Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik dalam jajaran 1,720-1,750 minggu depan, kata seorang penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pasaran tempatan akan kekal berdaya tahan di tengah-tengah krisis geopolitik. 

Ad Banner

“Persekitaran kadar faedah kita yang stabil, permintaan domestik yang berdaya tahan dan perbelanjaan infrastruktur yang berterusan akan memberikan sokongan kepada sentimen pelabur,” katanya kepada Bernama. 

Bagi minggu yang baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI kebanyakannya ditutup lebih rendah. 

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing susut tiga mata kepada 1,729.5 dan 1,707.5, Disember 2026 turun lima mata kepada 1,709.0, manakala kontrak Mac 2027 berada pada 1,694.0.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 40,896 lot berbanding 184,724 lot seminggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 49,170 kontrak daripada 54,476 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 10.85 mata kepada 1,735.75 daripada 1,724.90 seminggu sebelumnya. 

-- BERNAMA