BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Kontrak Ogos 2026, Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing merosot 4.5 mata kepada 1,729.5, 1,709, dan 1,694, manakala September 2026 susut empat mata kepada 1,707.5.

Jumlah dagangan berkurang kepada 7,971 lot daripada 8,228 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 49,170 kontrak daripada 49,428 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI mengecil sebanyak 0.08 peratus atau 1.40 mata kepada 1,735.75 daripada 1,737.15 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner