Terdapat 647 berita berdasarkan kata kunci carian " beli"

Transformasi AI Malaysia Wajar Utamakan Pendidikan, Penjagaan Kesihatan

GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.

Tiang Saran Kaji Semula Duti Setem Atas Perjanjian JV Tanah

SIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengkaji semula pengenaan duti setem berdasarkan nilai tanah bagi perjanjian usaha sama (JV) antara pemaju perumahan dengan pemilik tanah, memandangkan ia dibimbangi boleh meningkatkan kos pembangunan dan akhirnya menjejaskan kemampuan perumahan di Sarawak.

PPB Group Optimis Terhadap Prestasi Separuh Kedua 2026 Dalam Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kumpulan konglomerat pelbagai sektor, PPB Group Bhd kekal optimis tetapi berhati-hati berhubung prestasinya bagi separuh kedua 2026 di sebalik perkembangan geopolitik, ketidaktentuan harga komoditi dan faktor luaran lain yang terus mempengaruhi persekitaran operasinya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kacang Soya Melemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dagangan niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Mercantile Exchange (CME) mula melemah sehingga menjejaskan sentimen pasaran.

The Makeover Guys, RHB Bank Tawar Pembiayaan Sehingga 120 Peratus Untuk Beli, Ubah Suai Rumah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pengubah suai kediaman moden, The Makeover Guys, bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperkenalkan Makeover Flexi Loan, penyelesaian pembiayaan bersepadu yang membolehkan pelanggan yang layak membiayai pembelian dan pengubahsuaian rumah menerusi satu kemudahan.

Untung Bersih Capital A Susut Kepada RM23.87 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Capital A Bhd menyusut kepada RM23.87 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM1.45 bilion pada suku kedua 2025.

Pemindahan Teknologi Pengecasan EV Mesti Sesuai Dengan Keperluan Tempatan - LINCHR

Oleh Ng Che Yean

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Penyelesaian pengecasan pintar dari China untuk kenderaan elektrik (EV) baharu semakin mendapat tempat di Malaysia memandangkan pasaran EV Malaysia dijangka berkembang pesat dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Pertumbuhan Ekonomi Enam Peratus Sangat Baik, Dorong Keyakinan Pelabur - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertumbuhan ekonomi enam peratus pada suku kedua tahun ini merupakan satu pencapaian sangat baik yang akan memberi keyakinan kepada pelabur terhadap Malaysia.

Keuntungan Bersih Hong Leong Capital Lonjak Kepada RM65.56 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Capital Bhd (HLCB) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 melonjak 12 peratus dari tahun ke tahun kepada RM65.56 juta berbanding RM58.43 juta yang disaksikan pada tahun kewangan sebelumnya.

Keyfield Umum Beli Kapal Korek Inai Kenanga Pada Harga US$24.7 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keyfield International Bhd membeli Inai Kenanga, sebuah kapal korek sedutan berkapasiti mega dengan bayaran tunai US$24.7 juta (US$1=RM4.02).

Bekalan Untuk Industri Peranti Perubatan Kekal Stabil Dalam Persekitaran Ketidakpastian Geopolitik

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Prospek bekalan untuk industri peranti perubatan kekal stabil dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.