Terdapat 73 berita berdasarkan kata kunci carian "ndi"

KWSP Perlu Bantu Lebih Ramai Rakyat Cukup Simpanan Persaraan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi dengan menyesuaikan diri terhadap perubahan corak pekerjaan di samping terus memberikan pulangan yang mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pelaburan Lebih RM200 Bilion Separuh Pertama 2026 Bakal Wujudkan 99,030 Peluang Pekerjaan -- MITI

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.

Niaga Hadapan MSM Kekal Merosot Susulan Kebimbangan Pengeluaran

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan untuk hari kedua berturut-turut apabila ditutup rendah pada Selasa, berikutan jangkaan pengeluaran yang tinggi pada Oktober meskipun permintaan eksport menunjukkan peningkatan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.

Kerajaan Sedia Adakan Libat Urus Semula Dengan Pemain Industri Berhubung Caj CRESS - Fadillah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengadakan libat urus semula dengan pemain industri bagi meneliti kemungkinan penambahbaikan struktur caj di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

Pasaran Getah KL Kekal Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengekalkan trend bercampur-campur hari ini, didorong oleh penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak serta kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.

Untung Bersih Nestle Malaysia Suku Ketiga Naik Kepada RM197.51 Juta, Umum Dividen 80 Sen

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM197.51 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM114.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jualan yang lebih tinggi.

MIDA Gesa Strategi Pelaburan Terselaras Untuk Jadikan Borneo Hab Pelaburan

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelan tindakan Invest Borneo harus menumpukan kepada rantaian nilai bersama, menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan merentasi sempadan serta mengutamakan realisasi pelaburan bagi memperkukuh kedudukan pulau itu sebagai hab pelaburan.

Pernah Catat Jualan 5,000 Cawan Untuk Tempoh Tiga Hari, Kopi Royale Johor Sasar Buka Kafe

JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.

Matrix Concepts Peroleh Tanah 174.77 Hektar Di Kulai Pada Harga RM169.31 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Matrix Concepts Holdings Bhd, Matrix Concepts (Southern) Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) berasingan untuk memperoleh 57 lot tanah berkeluasan 174.77 hektar di Kulai, Johor, pada harga RM169.31 juta secara tunai.