BERITA TERKINI   Malaysia, Thailand bersetuju bentuk jawatankuasa untuk lapor, semak kemajuan Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan - Mohamad Hasan  | Malaysia akan bangkitkan isu jerebu rentas sempadan pada AMM menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 bulan depan - Mohamad Hasan | ACLE: JDT 3-0 Port FC | 

Pasaran Getah KL Kekal Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengekalkan trend bercampur-campur hari ini, didorong oleh penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak serta kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah serantau menurun pada Selasa berikutan peniaga menilai tekanan kos berkaitan hujan yang berterusan di selatan Thailand berbanding harga minyak yang rendah.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh gangguan bekalan akibat faktor cuaca di negara-negara pengeluar utama getah, eksport getah Thailand yang merosot dan petunjuk ekonomi positif dari China,” katanya kepada Bernama.

Katanya hujan berterusan di selatan Thailand berpotensi melebarkan lagi jurang harga antara lateks Thailand dan getah sekerap.

Beliau berkata eksport getah asli Thailand berjumlah 1.83 juta tan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, menurun 8.0 peratus tahun ke tahun manakala eksport ke China menyusut 24 peratus kepada 576,000 tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun 10 sen kepada 1,027 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat satu sen kepada 800 sen sekilogram.

-- BERNAMA