Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian "komoditi"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Penjualan Olein Sawit Di Dalian

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kerugian Di COMEX

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.

41,334 Pekebun Kecil Sertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Dianggarkan seramai 41,334 pekebun kecil sawit melibatkan kawasan seluas 105,172.67 hektar dikenal pasti menyertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

SST, Kos Logistik Dan Pengangkutan Faktor Utama Perbezaan Harga Belian TBS Sabah, Semenanjung

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST) serta kos logistik dan pengangkutan menjadi dua faktor utama perbezaan harga belian tandan buah segar (TBS) antara Sabah dan Semenanjung, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii. 

Perdasama Cadang Wujud Hab Halal Linyi-Malaysia, Buka Laluan Luas Usahawan Bumiputera

LINYI (Shandong), 29 Okt (Bernama) -- Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berhasrat mewujudkan hab halal Linyi-Malaysia bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dan membuka laluan yang lebih luas untuk usahawan bumiputera menembusi pasaran China. 

Harga Komoditi Dijangka Naik 23 Peratus Tahun Ini Susulan Kejutan Global - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Dunia menjangkakan harga komoditi naik 23 peratus pada 2026 susulan kejutan global yang semakin meningkat, dengan konflik di Asia Barat telah mengurangkan inventori minyak dan dijangka melonjakkan harga tenaga ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Walaupun COMEX Susut

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu walaupun Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) mencatat penurunan.

Berjaya Construction Laksana Projek Pembangunan RM1.2 Bilion Pelabuhan Sanglang

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Berjaya Construction Bhd akan melaksanakan kerja-kerja reka bentuk dan binaan membabitkan projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis dengan anggaran kos mencecah RM1.2 bilion termasuk kos pembinaan awal sebanyak RM675 juta.

Belum Ada Bukti Syarikat Perladangan Malaysia Jadi Punca Kebakaran Hutan Di Indonesia - Arthur

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Belum ada bukti kukuh yang mengesahkan penglibatan syarikat perladangan Malaysia sebagai pihak yang menjadi punca kebakaran hutan di Indonesia, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Fitch Sasar Aset Kewangan Islam Malaysia Lebih US$800 Bilion, Pertumbuhan Dijangka Berterusan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.