9jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE).
11jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian di Bursa Komoditi AS (COMEX).
12jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SKA Capital Bhd terlebih langgan sebanyak 80.42 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 11 Nov 2026.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.
12jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS pada Khamis susulan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) untuk mengekalkan kadar faedahnya pada paras 3.75 peratus hingga 4.00 peratus, kata seorang penganalisis.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik membawa sejumlah 30.4 juta penumpang antarabangsa pada September 2026, meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).
16jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST) serta kos logistik dan pengangkutan menjadi dua faktor utama perbezaan harga belian tandan buah segar (TBS) antara Sabah dan Semenanjung, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii.
17jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka antara US$80 hingga US$95 setong pada 2027 dengan andaian eksport minyak Asia Barat dipulihkan secara berperingkat dan penawaran global pulih pada kadar yang mengatasi pertumbuhan permintaan, menurut penganalisis.
18jam ago
SUBANG JAYA, 29 Okt (Bernama) -- Industri besi dan keluli Malaysia berpeluang beralih kepada pengeluaran bernilai lebih tinggi dengan membekalkan produk kepada sektor automotif, pusat data dan aeroangkasa, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.