Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Di Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.
Pada penutup dagangan kontrak Oktober 2026 turun 6.0 mata kepada 1,608.0, November 2026 susut 1.0 mata kepada 1,612.0, Disember 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,614.5 dan Mac 2027 merosot 2.0 mata kepada 1,600.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 21,850 lot daripada 62,406 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 62,964 kontrak daripada 107,497 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 2.71 mata kepada 1,611.16 daripada paras 1,613.87 pada Rabu.
-- BERNAMA