Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " mag"

Malaysia Airlines Meterai Tiga MoU, Perkukuh Hubungan Dengan Pasaran China

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawei, Weixin Pay, dan TravelSky Technology Ltd, bagi memperkukuh kehadiran digitalnya di China, sambil memperkasa kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk ke Malaysia dan rantau yang lebih meluas.

Kakitangan Malaysia Airlines Dinobat Terbaik Di Asia, Kru Kabin Tempat Ketiga Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines dinobatkan sebagai Kakitangan Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2026.

MATRADE, MDEC Pamer Lima Studio Permainan Di Tokyo Game Show 2026

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menampilkan lima studio permainan Malaysia di Pavilion Malaysia pada acara Tokyo Game Show (TGS) 2026 di Chiba, Jepun, dari 17 hingga 21 September, 2026.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Seiring Prestasi Suram Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang secara keseluruhannya lemah semalaman susulan kenaikan harga minyak mentah dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke Busan, Firefly Lancar Laluan Baharu Ke Kunming

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula  penerbangan ke Busan mulai 2 Disember, 2026, menghubungkan semula Kuala Lumpur dengan bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu selepas kali terakhir menawarkan laluan berkenaan antara tahun 1996 dan 1998.

MAG Tidak Kompromi Soal Keselamatan, Kru Diwajibkan Jalani Saringan Dadah Tahunan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan yang tidak akan dikompromi bagi Malaysia Aviation Group (MAG) seiring langkah kumpulan itu untuk terus memperkukuh proses dan piawaian keselamatannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar.

MAG Jangka Tahun Kewangan 2026 Mencabar Susulan Kenaikan Kos Bahan Api

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangkakan berdepan tekanan ketara terhadap prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 berikutan kenaikan berterusan harga bahan api.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Permintaan Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dan kemudiannya menyusut apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan di pasaran global, kata penganalisis.

F&N Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM93.58 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM93.58 juta pada suku ketiga berakhir 30 Jun 2026 (S3 TK2026) berbanding RM84.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disebabkan oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah pada suku tersebut.