8jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
9jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) meminta kerajaan mengecualikan skim insurans pekerja berkelompok daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus di bawah Belanjawan 2027.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
17jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu beralih daripada peranan sebagai penanda aras industri halal, dengan melaksanakan tugas lebih besar sebagai pihak yang membentuk pasaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
1hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bangladesh mahu memanfaatkan kepakaran Malaysia dalam pensijilan halal dan piawaian pengawalseliaan bagi memperkukuh ekosistem halalnya serta memperluas eksport produk halal ke pasaran Asia Tenggara.
1hari ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui peralihan negara ke arah operasi pelabuhan yang lebih hijau, memandangkan peranan strategik mereka dalam menghubungkan industri domestik ke pasaran global dan mengukuhkan hubungan perdagangan ASEAN dengan rakan perdagangan utama, termasuk China.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Permintaan daripada pelanggan dan industri yang terus meningkat menyebabkan penjanaan tenaga yang lebih bersih perlu berkembang seiring dengan grid yang pintar dan cekap, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Dr Mohd Fadzil Mohd Siam.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027 masing-masing kepada 4.9 peratus dan 4.7 peratus.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) meningkatkan prestasi serta pendapatan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang menerusi pengembangan ke pasaran luar negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.