BERITA TERKINI   MCMC selaraskan usaha pemulihan perkhidmatan telekomunikasi Pantai Timur Sabah bersama Sabah Electricity dan penyedia perkhidmatan | MCMC sediakan sambungan satelit Starlink di 18 lokasi kritikal pastikan komunikasi pasukan di lapangan | Sebanyak 1,196 tapak selular terjejas susulan bekalan elektrik terputus di Pantai Timur Sabah - MCMC | Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Kunak - Sabah Electricity | 

Bank Dunia Jangka Harga Purata Minyak Brent US$79 Setong Pada 2027 Susulan Pemulihan Bekalan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka susut kepada purata US$79 setong pada 2027 berbanding US$91 pada 2026 susulan pemulihan pengeluaran minyak global, menurut Bank Dunia.

Unjuran berkenaan dibentangkan oleh Ahli Ekonomi Bank Dunia Deisigan Shammugam pada Persidangan Tinjauan Ekonomi Kebangsaan anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), di sini hari ini.

“Kami menjangkakan peningkatan terkini dalam penghantaran minyak mentah dari Teluk akan berterusan, sekali gus membolehkan pengeluaran minyak global pada 2027 menghampiri paras yang dicapai pada 2025, dengan penggunaan dijangka meningkat sedikit.

Ad Banner

“Pasaran dijangka kembali mencatat lebihan bekalan menjelang suku kedua tahun depan,” katanya.

Deisigan berkata peningkatan pengeluaran di kawasan lain hanya mengimbangi sebahagian kecil kehilangan bekalan di Asia Barat susulan gangguan penghantaran yang melalui Selat Hormuz.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MIER Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata harga minyak boleh meningkat sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan, namun ia berkemungkinan kembali reda jika konflik itu berakhir lebih awal.

Ad Banner
Ad Banner

Ditanya sama ada pengurangan kos subsidi bahan api dapat mengimbangi kemerosotan hasil berkaitan petroleum dan membantu Malaysia mencapai sasaran defisit fiskal 2027 sebanyak 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), beliau berkata masih terlalu awal untuk menilai kesan keseluruhannya.

“Terdapat dua faktor, pertama ialah hasil dan kedua perbelanjaan. Jika perbelanjaan dapat dikawal, ini bermakna kita boleh mengawal defisit,” katanya.

-- BERNAMA