BERITA TERKINI   MCMC selaraskan usaha pemulihan perkhidmatan telekomunikasi Pantai Timur Sabah bersama Sabah Electricity dan penyedia perkhidmatan | MCMC sediakan sambungan satelit Starlink di 18 lokasi kritikal pastikan komunikasi pasukan di lapangan | Sebanyak 1,196 tapak selular terjejas susulan bekalan elektrik terputus di Pantai Timur Sabah - MCMC | Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Kunak - Sabah Electricity | 

Ringgit Susut Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika Pelabur Menunggu Pengumuman Data Inflasi PCE

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan meningkatnya selera risiko terhadap mata wang itu menjelang pengumuman data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE).

Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1170/1220 berbanding dolar AS, daripada paras penutup 4.1135/1175 pada Selasa.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peniaga dan pelabur akan memantau pengumuman data inflasi PCE lewat malam ini, yang dijangka meningkat kepada 3.8 peratus tahun ke tahun pada Oktober, berdasarkan anggaran konsensus.

Beliau menambah, inflasi PCE teras juga dijangka meningkat kepada 3.2 peratus daripada 3.1 peratus.

“Berdasarkan pemerhatian kami, pasaran menumpukan perhatian kepada langkah yang mungkin diambil oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada 2027 dan 2028, khususnya faktor yang boleh mengubah pendirian daripada cenderung menaikkan kadar faedah kepada cenderung menurunkan kadar faedah dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Mata wang tempatan itu diniagakan dalam julat RM4.10 hingga RM4.12 hari ini.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.5036/5091 daripada 4.4965/5008 ketika ditutup pada Selasa, merosot sedikit berbanding pound Britain kepada 5.3756/3821 daripada 5.3747/3799 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 2.5820/5853 daripada 2.5782/5809.

Berbanding mata wang di negara-negara ASEAN, ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1858/1899 daripada 3.1865/1899 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 224.6/224.9 daripada 225.6/225.9.

Ringgit turut naik berbanding baht Thailand kepada 12.0599/0798 daripada 12.1246/1414, tetapi susut sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.46/6.48 daripada 6.45/6.46.

-- BERNAMA