BERITA TERKINI   Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia di HKL pada 6.10 petang tadi - Anak | Amaran hujan berterusan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan hingga 27 Nov -MetMalaysia | 

Niaga Hadapan Emas Susut, Jejak Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) di Amerika Syarikat.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta November 2026 susut kepada US$3,618.5 seauns troy daripada US$3,622.3 pada penutupan Isnin, manakala kontrak Disember 2026 turun kepada US$3,633.5 daripada US$3,637.3.

Kontrak Januari 2027 turut merosot kepada US$3,634.6 seauns troy daripada US$3,638.4, sementara kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing turun kepada US$3,662.5 seauns troy berbanding US$3,666.3 pada penutupan sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 233 lot daripada 266 lot pada penutupan Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 276 kontrak daripada 309 kontrak sebelum ini.

Emas fizikal ditetapkan pada harga US$3,667.55 seauns troy pada penetapan harga petang Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) pada 23 Nov 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner