BERITA TERKINI   Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia di HKL pada 6.10 petang tadi - Anak | Amaran hujan berterusan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan hingga 27 Nov -MetMalaysia | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa ditengah-tengah pendekatan berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada 8-9 Disember 2026.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1135/1175 berbanding dolar AS daripada paras 4.1205/1250 pada Isnin.

Ad Banner

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam berkata tempoh menjelang mesyuarat FOMC akan datang penting ketika peserta pasaran sedang menilai hala tuju keputusan dasar monetari pada 2027.

“Dari sudut teknikal, ringgit dianggap berada pada kedudukan terlebih jual yang menunjukkan risiko penurunan bagi mata wang tersebut adalah terhad.

“Pada masa ini para pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengunjurkan kenaikan inflasi dan kadar faedah kemungkinan besar akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat FOMC pada Disember depan,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.4965/5008 daripada 4.5214/5264 pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3747/3799 daripada 5.4032/4091 serta naik berbanding yen Jepun kepada 2.5782/5809 daripada 2.5896/5925.

Manakala berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1865/1899 daripada 3.1949/1987 pada Isnin, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 225.6/225.9 daripada 226.3/226.7, susut berbanding baht Thailand kepada 12.1246/1414 daripada 12.1091/1274 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.45/6.46.

-- BERNAMA