BERITA TERKINI   Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | Perdana Menteri minta KPDN, Kementerian Komunikasi melalui MCMC ambil tindakan berkait penipuan dalam platform e-dagang - Fahmi | Jemaah Menteri bersetuju Rang Undang-Undang Pindaan AUKU dibentang di Parlimen pada Disember ini - Fahmi | 

Unit Mestron Peroleh Kelulusan Seda Perluas Kemudahan Penjanaan Tenaga Biogas Di Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Mestron Holdings Bhd memperoleh kelulusan tarif galakan (FiA) baharu daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) untuk memperluas kemudahan penjanaan tenaga elektrik biogasnya di Gua Musang, Kelantan.

Pengeluar tiang keluli itu memaklumkan kelulusan berkenaan diberikan kepada anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Liziz Biogas Sdn Bhd.

“Kelulusan ini membolehkan kumpulan meningkatkan kapasiti eksport elektrik bersih yang diluluskan untuk kemudahan berkenaan sebanyak 18 peratus, daripada 2.00 megawatt (MW) kepada 2.36MW, selain meningkatkan kapasiti terpasang yang diluluskan sebanyak 13 peratus, daripada 2.76MW kepada 3.12MW,” menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

Menurut Mestron, di bawah FiA baharu itu, kadar tarif galakan (FiT) bagi kemudahan berkenaan akan meningkat daripada kadar semasa iaitu 39.75 sen sekilowatt-jam (kWj) kepada 45 sen/kWj bagi tempoh 10 tahun pertama, diikuti 43 sen/kWj untuk tempoh 11 tahun berikutnya.

Berkuat kuasa mulai tarikh permulaan FiT yang dijadualkan pada 17 Ogos, 2029, kadar tarif yang disemak semula itu mewujudkan rangka kerja selama 21 tahun bagi penjualan tenaga elektrik boleh baharu, tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan yang berkenaan.

“Bagi menyokong peningkatan kapasiti itu, Mestron merancang untuk mendapatkan dan memasang satu lagi penjana enjin gas berkapasiti 1.5MW bagi meningkatkan output penjanaan dan kecekapan operasi loji berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Selepas kerja-kerja pembesaran operasi siap dan ditauliahkan sepenuhnya, pihak pengurusan menganggarkan kemudahan itu berpotensi menjana jumlah hasil tahunan kira-kira RM7.5 juta, tertakluk kepada prestasi penjanaan sebenar, ketersediaan loji dan keadaan operasi,” tambahnya.

Loji biogas Mestron di Gua Musang mula membekalkan tenaga elektrik boleh baharu kepada Tenaga Nasional Bhd pada Mac 2023.

Kemudahan itu berfungsi dengan merawat dan memerangkap biogas yang kaya dengan metana daripada efluen kilang kelapa sawit, seterusnya menukarkan sisa pemprosesan pertanian kepada tenaga elektrik bersih untuk dibekalkan ke grid nasional.

Ia juga turut membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang sebaliknya akan dibebaskan melalui proses pereputan sisa secara terbuka.

-- BERNAMA