BERITA TERKINI   Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | Perdana Menteri minta KPDN, Kementerian Komunikasi melalui MCMC ambil tindakan berkait penipuan dalam platform e-dagang - Fahmi | Jemaah Menteri bersetuju Rang Undang-Undang Pindaan AUKU dibentang di Parlimen pada Disember ini - Fahmi | 

MCMC Anugerah Peruntukan Spektrum 2600 Mhz, 900 Mhz Kepada CelcomDigi

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganugerahkan peruntukan spektrum kepada CelcomDigi Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel) merangkumi jalur frekuensi 2600 MHz dan 900 MHz di bawah Pakej Maklumat Pemohon No. 1 of 2026 Lot B.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, CelcomDigi berkata CDTel akan tertakluk kepada fi peruntukan spektrum sebanyak RM366.75 juta bagi jalur frekuensi 2600 MHz dan RM15.0 juta bagi jalur frekuensi 900 MHz.

“CDTel turut tertakluk kepada fi spektrum tahunan RM42.0 juta setahun bagi jalur frekuensi 2600 MHz dan RM3,500 setahun bagi setiap aparatus untuk jalur frekuensi 900 MHz,” maklum syarikat itu.

Ad Banner
Ad Banner

CelcomDigi juga memaklumkan, Peruntukan Spektrum bagi jalur frekuensi 2,600 MHz itu sah selama empat tahun mulai 1 November 2026 hingga 31 Oktober 2030 manakala jalur frekuensi 900 MHz pula berkuat kuasa selama lima tahun bermula 1 November 2026 hingga 31 Oktober 2031.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, syarikat itu menyatakan CDTel menerima terma dan syarat yang ditetapkan daam notis penganugerahan MCMC bagi jalur spektrum 2600 MHz dan 900 MHz pada 15 Oktober 2026 susulan pengeluaran dokumen maklumat permohonan oleh pihak MCMC pada 14 Ogos 2026.

“Komponen harga penuh sebanyak RM381.75 juta itu telah dibayar oleh CDTel pada 15 Oktober 2026 mengikut terma notis penganugerahan itu,” maklum syarikat berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA