BERITA TERKINI   Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | Perdana Menteri minta KPDN, Kementerian Komunikasi melalui MCMC ambil tindakan berkait penipuan dalam platform e-dagang - Fahmi | Jemaah Menteri bersetuju Rang Undang-Undang Pindaan AUKU dibentang di Parlimen pada Disember ini - Fahmi | 

Tiada Perkembangan Belum Didedahkan Di Sebalik Aktiviti Dagangan Luar Biasa - GIIB

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- GIIB Holdings Bhd menyatakan tiada perkembangan korporat yang belum diumumkan yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan luar biasa bagi sahamnya susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung penurunan mendadak harga saham syarikat itu.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pengedar kompaun getah dan pembaharuan tayar itu berkata lembaga pengarahnya tidak mengetahui sebarang perkembangan korporat, khabar angin atau laporan yang belum diumumkan sebelum ini yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan berkenaan.

Syarikat itu juga tidak mengetahui sebarang faktor lain yang mungkin menjelaskan aktiviti dagangan luar biasa sahamnya baru-baru ini, selain mengesahkan pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia berkaitan kewajipan pendedahan segera.

Ad Banner
Ad Banner

Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) pada 29 Okt susulan penurunan ketara harga saham GIIB.

Pada 12.30 tengah hari, saham syarikat itu susut 18.5 sen kepada 35.5 sen dengan 80.90 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner